Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Solat’ Category

Qiyam Ramadhan

Abu Hurairah menceritakan Rasulullah (selawat dan salam buatnya) menggalakkan solat di malam-malam Ramadhan, tanpa menyuruh mereka secara wajib, dan beliau berkata,

“Sesiapa yang bangun beribadah di malam-malam bulan Ramadhan dalam keimanan dan mengharapkan pahala, pasti diampunkan segala dosa yang terdahulu” (Bukhari & Muslim).

‘Amr b Murrah al-Juhainy pula menceritakan, seorang lelaki Qudha’ah datang menemui Rasulullah (selawat dan salam buatnya) lalu berkata,

“Wahai Rasul Allah! Apa kata tuan seandainya saya menyucapkan ‘Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah’, tuan adalah utusan Allah, aku bersolat lima waktu, aku berpuasa di bulan Ramadhan,  aku bangun solat di malam-malam Ramadhan dan aku juga mengeluarkan zakat?”

Maka Nabi menjawab,

“Siapa meninggal dunia dengan melaksanakan perkara-perkara ini, dia termasuk orang-orang yang benar dan kalangan syahid”. (HR Ibnu Khuzaiman & Ibny Hibbah, sahih menurut Allbani).

Aisyah pula melaporkan, apabila sepuluh terakhir Ramadhan tiba, Rasulullah akan berjaga malam dan membangunkan anggota keluarganya dan tidak lagi mengadakan hubungan kelamin. (Bukhari & Muslim).

“Beliau sering bersungguh-sungguh beribadah sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadhan tidak seperti tidak seperti yang biasa dilakukan pada masa lain”. (HR Ahmad & Muslim).

Doa Malam Lailatul Qadar

Satu hari Aisyah bertanya kepada Rasulullah, “Aku bertanya kepada Rasulullah, jika aku tahu malam yang mana satu Malam Lailatul Qadar, apakah yang patut aku katakan pada malam itu?”

Rasulullah menjawab,

“Bacalah : Ya Allah. Engkau Maha Pengampun dan mencintai keampunan, ampunilah diriku” (HR Tirmidzi, sahih)

Bacaan Tambahan

  1. Bersama Nabi di Bulan Ramadhan, Muhammd Musa B Nashr (Abdullah Al-Qari Hj Salleh). Hidayah Publisher 1998.
  2. Qiyaam Ramadhan. Muhammad Nasiruddin Albani (Abdullah Al-Qari Hj Salleh).  Hidayah Publisher 1997.
  3. Puasa Menghurai Kemusykilan Berkatan Puasa. Sakinah Arif Johor. Karya Bestari 2007.

Read Full Post »

Satu contoh Rasullah menggunakan analogi @ perumpamaan ketika menjelas pelajaran kepada para sahabat.

Jabir bin Abdullah menceritakan, ketika bersama Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau), beliau memandang ke arah bulan purnama lalu berkata,

“Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sepertimana kalian melihat bulan ini. Jika kalian sanggup tidak meninggalkan salat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya, maka lakukanlah.”

Kemudian beliau membacakan ayat ini,

Dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya” (Thaha 30).

(dari rekod Bukhari)

Catatan :

  1. Perumpamaan digunakan dalam menjelaskan perkara aqidah dan ibadah. Melihat Allah di hari akhirat merupakan bahagian dari aqidah ahlus sunnah wal jama’ah. Manakala solat termasuk dalam bab ibadah @ fekah.
  2. Rasulullah (selawat san salam buat beliau) selalu menggunakan kejadian @ peristiwa sekeliling sebagai bahan mendidik para sahabat. Pendidikan Rasululullah bukan semata-mata dalam bentuk ceramah atau khutbah. Pada ketika lain Rasulullah pernah mengambil bangkai kambing di tepi pasar sebagai bahan pengajaran kepada para sahabat.
  3. Hadith di atas dipetik dari buku Menguak Misteri Shalat Subuh (Rumah Dzikir, Solo.

Read Full Post »

Satu contoh Rasulullah menggunakan analogi @ perumpamaan ketika mendidik sahabat.

Abu Hurairah (semoga Allah redha kepada beliau) melaporkan Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) pernah berkata,

“Bagaimana pendapat kalian jika ada sungai mengalir di depan pintu salah seorang dari kalian, lalu ia mandi  kali setiap hari. Adakah masih tersisa kotoran pada tubuhnya?

Mereka menjawab, “Tentu sahaja tidak ada kotoran yang tersisa”.

Maka Rasulullah berkata, “Itulah perumpamaan solat 5 waktu. Allah menghapus dosa-dosa dengannya”

(dari rekod Bukhari, Muslim dan Ibnu Hibban)

Read Full Post »

Saya tidak bermaksud mensyarahkan bab solat di dalam catatan ringkas ini. Hanya sahaja saya sedang mentelaah buku Sifat Solat Nabi tulisan Imam hadith Muhammad Nasiruddin Al-Albani (meninggal 1999M).

Di dalamnya, saya menemui banyak hadith yang menggunakan tamsilan (analogi) ketika menjelaskan pergerakan solat.

Saya titipkan di sini.

1. Cara-cara sujud

“Apabila seseorang di antara kamu bersujud, janganlah turun seperti turunnya unta, tetapi hendaklah ia letakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya”.

(sahih : HR Abu Dawud dan An-Nasa’i)

2. Kedudukan lengan ketika sujud

“Beliau mengangkat kedua lengannya dari tanah dan menjauhkannya dari lambung sampai warna putih kedua ketiak beliau terlihat orang di belakangnya, bahkan sekiranya anak kambing kecil lewat di sela-sela ketiaknya nescaya iala dapat melaluinya“.

(sahih : HR Muslim, Abu ‘Awanah dan Ibnu Hibban)

“Sujudlah kamu dengan lurus dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua lengannya (dilantai) seperti anjing membentangkan (kedua kaki depannya)“.

(sahih : HR Muslim, Bukhari, Abu Dawud dan Ahmad)

3. Keutamaan Sujud

“Setiap orang dari umatku pasti aku kenal pada hari kiamat kelak”.

Sahabat bertanya :”Wahai Rasulullah, bagaimana Tuan mengenal mereka, padahal mereka di antara banyak makhluk”.

Katanya : “Bagaimana pendapatmu bila di tengah kumpulan kuda hitam terdapar seekor kuda yang terdapat warna putih cerah di dahinya. Bukankah engkau dapat mengenalinya?”

Jawabnya : “Ya.”

Kata nabi : “Sesungguhnya pada hari itu umatku memancarkan cahaya putih di keningnya bekas sujud dan cahaya putih di wajah, tangan, dan kakinya bekas wudhu”.

(sahih : HR Ahmad dan Tirmidzi)

Read Full Post »

Burung gagak

“Apakah kalian melihat ini?

Kurma

Barang siapa mati dalam keadaan begini, dia mati bukan dalam millah Muhammad. Dia mematuk dalam salatnya seperti burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang rukuk dan mematuk dalam sujudnya seperti orang lapar yang hanya makan sebiji  atau dua biji kurma. Maka bagaimana dua biji kurma akan mencukupinya”.

(Hadith Rekod Ibnu Khuzaimah dalam Dosa-dosa Yang Diremehkan oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz)

Biografi Ibu Khuzaimah. Klik.

Sedikit nota tentang Ibnu Khuzaimah dan kitab Sahih Ibnu Khuzaimah.

Read Full Post »

“Apakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak merasa takut jika Allah mengganti kepalanya dengan kepala keldai?”

(Hadith Rekod Muslim)

Read Full Post »