Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘tamsilan’

New River Gorge National River, West Virgina

“Perumpamaan orang yang berdoa tanpa beramal ialah seperti orang yang memanah tanpa anak panah.”

Wahb bin Munabbih rahimahullah dalam Jamiul Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab al-Hanbali

Advertisements

Read Full Post »

Pepatah Arab menyebut “Lembutkan perkataan, kerana ia akan melembutkan hati”.

Satu dari bentuk kelembutan perkataan ialah menggunakan tamsilan atau perumpamaan (analogi) dalam berbicara. Perumpamaan wujud dalam banyak bentuk seperti bidalan, kiasan, simpulan bahasa dan peribahasa. Setiap bahasa yang berkembang (kecuali bahasa pengaturcaraan komputer!) memiliki ciri-ciri keindahan ini.

Dalam kajian wasiat Luqman, prinsip analogi digunakan oleh Luqman ketika menasihati anaknya. Satu dalam bentuk analogi ‘sebesar biji sawi’, manakala satu lagi dalam bentuk analogi ‘seburuk-buruk suara adalah suara keldai’.

Penggunaan analogi begini akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada pembaca @ pendengar. Saya baru siap membaca sebuah buku berkaitan hubungan antara ulama dan pemerintah. Rupa-rupanya, analogi tidak sahaja digunakan ketika menyampaikan pelajaran atau nasihat kepada anak-anak kecil. Bahkan ilmuwan Islam dahulu, juga menggunakan analogi untuk menasihati pemimpin.

Saya tampilkan disisi nukilan dari buku tersebut.

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik pernah meminta nasihat dari seorang sarjana Tawus Al-Yumani,

Berilah peringatan dan nasihat kepadaku.

Jawab Tawus Al-Yamani, “Aku mendengar pesanan Ali bin Abi Talib, katanya ‘Sesunggunnya di neraka jahanam ada ular-ular besar dan kala jengking yang sebesar baghal menggigit pemimpin yang tidak adil kepada rakyatnya’ ”.

Perkataan Abu Hazim kepada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik,

“Wahai Amirul Mukminin, orang yang baik akan menghadapi Tuhannya umpama perantau yang kembali ke pangkuan keluarganya. Manakala seorang jahat pula akan berhadapan dengan Tuhannya seperti seorang hamba abdi yang melarikan diri dihadapkan kepada tuannya.

Dari buku Dialog Ulama dan Umarak, Wan Iqbal Wan Abdul Hamid, Pustaka Ilmi  2000

Read Full Post »

Katakanlah : Seandainya lautan mejadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku maka pasti habislah lautan itu, sebelum selesai kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu itu juga lagi.

Al-Kahfi 18 : 109

Read Full Post »

“Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) itu sahaja sudah lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz”.

Perkataan Abdullah bin Mubarak dalam Bidayah wan Nihayah

Read Full Post »

“Apa yang telah ditanam Al-Qur’an dalam hati kalian wahai ahli Al-Qur’an?

Sesungguhnya A-Qur’an adalah musim seminya seorang mukmin, ibarat hujan adalah musim seminya tanah”.

– Malik bin Dinar dalam Ihya’ Ulumuddin

Read Full Post »

Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) pernah berkata, maksudnya :

Belajarlah Al-Qur’an, bacalah dan bacakanlah. Kerana sesungguhnya perumpamaan Al-Qu’ran bagi yang mempelajari dan mengamalkannya ibarat kantung kulit yang diisi minyak kasturi. Aromanya semerbak ke semua tempat.

Dan perumpamaan orang yang mempelajarinya lalu tidur sedangkan Al-Qur’an berada dalam rengkongnya, ibarat kantong kulit yang masih terikat yang berisi minyak kasturi.

(Hadith ini dilaporkan oleh Abu Hurairah dalam Sunan Tirmidzi, Sahih Ibnu Hibban)

Read Full Post »

Hudzaifah bin Yaman (semoga Allah redha kepadanya) ialah seorang sahabat Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau).

Beliau menceritakan bahawa ada banyak bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan,  sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan itu dan menjumpaiku, maka aku bertanya,

Wahai Rasulullah sesungguhnya kami dahulu berada di dalam jahiliyyah dan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami , maka apakah sesudah kebaikan ini akan datang lagi kejahatan?

Beliau menjawab, “Ya”.

Maka aku bertanya, “Apakah sesudah kejahatan itu akan datang lagi kebaikan?”

Beliau menjawab, “ Ya, tetapi di dalamnya telah bercampur dengan kekeruhan.”

Aku bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan kekeruhan itu?”

Beliau menjawab, “ Satu kaum yang beramal bukan dengan Sunnahku dan mengikuti petunjuk bukan dengan petunjukku , di antara(amal) mereka ada yang engkau tahu dan ada yang engkau ingkari.”

Maka aku bertanya lagi, “Apakah sesudah kebaikan(yang bercampur dengan kekeruhan itu) akan datang lagi kejahatan?”

Beliau menjawab, “Ya, iaitu para pendakwah yang berada di pintu-pintu jahannam, barangsiapa yang menerima dakwah mereka, pasti mereka akan melemparkannya ke dalam jahannam.”

Maka aku bertanya lagi, “ Ya Rasullullah, jelaskanlah kepada kami sifat mereka?”

Beliau menjawab , “ Baik , mereka adalah satu kaum yang sama kulit (sejenis) dengan kita, dan mereka berbicara bahasa kita.

Aku bertanya lai, “ Ya Rasullullah, maka apakah yang engkau perintahkan kepadaku  jika   aku menjumpai keadaan tersebut?”

Beliau menjawab , “ Hendaklah engkau tetap berada di dalam jama’ah kaum muslimin dan imam mereka.”

Lalu aku bertanya lagi, “Maka kalau mereka tidak mempunyai jama’ah dan tidak juga imam?”

Beliau menjawab, “ Maka tinggalkanlah olehmu puak-puak itu semuanya meskipun engkau menggigit akar pohon sampai kematian datang menjemputmu dan keadaanmu seperti itu.”

(Rekod Bukhari dan Muslim, dipetik dari Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi, Abdul Hakim bin Amir Abdat, halaman 187)

Beberapa catatan

  1. Hudzaifah bin Yaman (semoga Allah redha kepadanya) ialah seorang sahabat Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau). Beliau diberi jolokan “Penyimpan Rahsia Nabi” kerana menyimpan banyak rahsia dari nabi. Antaranya nama-nama orang munafik.
  2. Beliau menyelisihi kebanyakan sahabat lain yang sering bertanya tentang kebaikan. Beliau selalu bertanya tentang kejahatan, supaya dapat dijadikan pedoman dan pengajaran. Ini menunjukkan variasi latar belakang dan pendekatan para sahabat nabi. Dan Nabi Muhammad mengiktiraf kepelbagaian ini selagi mana ia berada dalam kerangka yang dibenarkan oleh wahyu.
  3. Satu dari fokus saya membawakan hadith ini untuk membawakan contoh penggunaan tamsilan atau analogi oleh Nabi Muhammd. Setiap perkataan yang diucapkan oleh beliau adalah berpandukan wahyu, dan beliau tidak bercakap atas hawa nafsu. Perkataan Nabi kepada sahabat-sahabatnya berseni dan indah. Ada bentuk soal-jawab, ada bentuk cerita dan kisah umat terdahulu dan ada teknik membuat perumpamaan (tamsilan).
  4. Nabi Muhammad sabar melayani soalan-soalan dari para sahabat. Dalam kes ini, Huzaifah bin Yaman bertanya soalan berkali-kali dalam hal yang sama. Soalan-soalan sebegini dibenarkan oleh agama, terutama soalan untuk mendapatkan penjelasan.
  5. Di sebalik itu, terdapat juga soalan-soalan yang dilarang dalam agama seperti soalan kaum Nabi Musa alaihissalam kepada Nabi Musa tentang ciri-ciri lembu yang perlu dikorbankan.

Read Full Post »

Older Posts »