Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Buku’ Category

Advertisements

Read Full Post »

Penulis : Muhammad Rasyid Dimas
Penterjemah : Tate Qomaruddin, Lc
Penerbit : Robbani Press, Jakarta (1999)

Seperti mana judulnya, naskah ini menampilkan 25 kiat atau tips dan kaedah untuk mempengaruhi jiwa dan akal anak. Antara tips yang disarikan buku ini termasuk :

1. Bersahabatlah dengan Anak dan Jadilah Teladan
2. Tunaikan Hak Anak-Anak
4. Gunakan Cara “Siapa Menang Dia Dapat”
7. Tumbuhkan Rasa Percaya Diri
8. Metod “Dialah Anak Paling Baik.”
12. Memilih Waktu Yang Tepat Untuk Menasihati
20. Mendoakan Kebaikan, Bukan Keburukan
25. Gunakan Kisah dalam Menanamkan Nilai dan Keutamaan

Profesyen mendidik dan mengajar bukan milik guru sahaja. Ibu bapa juga mengemban peranan yang tidak kepalang tanggung untuk mendidik anak. Jika guru menyampaikan ilmu selama beberapa jam di sekolah, ibu bapa pula meneruskan tugas mendidik anak ketika berada di rumah. Secara perbandingan waktu anak-anak berada di rumah jauh lebih panjang berbanding di sekolah.

Berada di dalam kelas dan bilik kuliah menadah buku menatap guru adalah satu dari kaedah pendidikan yang berkesan. Namun bukan itu sahaja.

Nabi Muhammad sang guru agung dan pendidik rabbani menunjukkan teladan bahawa mendidik itu tidak hanya berlaku di masjid dan halaqah ilmu sahaja.

Memilih Waktu yang tepat.

Satu dari bahan yang dibeberkan dalam naskah ini ialah memilih waktu yang tepat untuk menyampaikan didikan. Satu saat yang baik untuk memberi nasihat ialah ketika rekreasi, dalam perjalanan dan di atas kenderaan.

Hal ini ditunjukkan oleh Nabi ketika mendidik sahabat-sahabat muda beliau. Penulis buku ini membawakan 2 contoh. Pertama ketika Nabi memboncengkan sahabat Abdullah bin Abbas seperti dalam riwayat al-Hakim. Manakala begitu juga ketika Nabi membongcengkan sahabat muda Abdullah bin Jaafar yang juga sepupu beliau dalam riwayat Muslim.

Dari Abdullah bin Abbas -radhiallahu anhu-. Ia berkata:

Dahulu aku berada dibelakang Nabi -Shallallahu alaihi wa sallam- di atas kendaraannya kemudian ia berkata: “Wahai anak muda, sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat; Jagalah Allah niscaya Ia akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya kau akan mendapati nya di hadapanmu. Jika engkau berdo’a, berdo’alah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya, seandainya seluruh manusia bersatu ingin memberikan kebaikan kepadamu, mereka tak akan sanggup kecuali sebatas apa yang telah Allah tetapkan bagimu. Juga, seandainya seluruhnya mereka bersatu ingin mendatangkan keburukan kepadamu, mereka tak akan sanggup kecuali sebatas apa yang telah Allah tetapkan atasmu. Kalam telah diangkat dan lembaran-lembaran catatan taqdir telah terlanjur kering.” (H.R. Tirmidzi dan ia berkata: Hadits hasan shohih.

Menumbuhkan rasa percaya diri

Satu perbezaan ketara antara orang Asia berbanding orang Eropah dan Arab ialah, kurangnya rasa percaya diri (keyakinan diri).

Nabi memberi beberapa petunjuk untuk menumbuhkan keyakikan diri sejak anak kecil. Satu darinya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ialah memberi salam kepada orang yang lebih tua.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah yang muda memulai memberi salam kepada yang tua, yang berjalan kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat: “dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.”

(Bukhari 6231, 6234 dan Muslim 2160).

Dalam hadis yang lain pula Nabi berbual-bual dengan anak kecil untuk menumbuhkan rasa yakin. Nabi pernah bertanya seorang anak kecil yang sedang bermain dengan anak burung, “Wahai Abu Umair, apakah yang sedang dilakukan oleh Nughair (anak burung)?”

Ulasan

Buku ini sedikit mengkagumkan saya. Sungguhpun sudah puluhan bahkan ratusan buku yang menulis tips dan kaedah mendidik anak. Namun yang dapat menghubungkan kaedah itu dengan petunjuk al-Qur’an dan hadis masih sangat sedikit.

Buku ini satu dari. Pembahasannya ringkas namun berisi. Sebahagian besar tipsnya disandarkan kepada al-Qur’an dan hadis.

Read Full Post »

Meluruskan Kesalahan Cara Rasulullah

Judul Asal : Al-Asalib An-Nabawiyah fi At-Ta’amul ma’a Akhtai An-Nas

Penulis : Muhammad Shalil al-Munajid

Penterjemah : Fadhli Bahri

Penerbit : Darul Falah (2001)

172 halaman

Pengarang kitab ini, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajid hafizahullah merupakan salah seorang anak murid muhaddis Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Justeru tidak hairan beliau mengetahui dan menguasai hadis dengan begitu baik.

Nabi Muhammad dikelilingi oleh sahabat dari macam-macam latar-belakang. Ada yang, ada yang muda bahkan ramai juga kanak-kanak kecil. Ada orang Arab, ada orang ulu Badwi, ada juga orang-orang asing seperti Salman al-Farisi, Bilal bir Robah dan juga orang Yahudi.

Dek berbagai latar inilah, makan muncul berbagai-bagai kerenah dan ragam yang perlu ditangani oleh Nabi. Dalam naskah ini beliau menggali sekurang-kurangnya 38 teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) untuk membetulkan kesalahan para sahabat di sekelilingnya.

Benar seperti yang ditututkan oleh sahabat Muawiyah bin Hakam as-Sulami, bahawa tidak pernah ada guru sebaik Nabi Muhammad dalam mendidik.

Beberapa contoh Nabi membetulkan kesalahan anak muridnya

Beliau selalu menjelaskan sebab dan alasan disebalik setiap perintah dan larangan yang beliau berikan. Antaranya beliau menjelaskan mudharat atau keburukan dari kesalahan yang dilakukan, seperti dalam hadis,

“Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau (jika tidak) maka Allah pasti membuat perselisihan di antara kalian.” (Hadis Bukhari)

“Rapatkanlah saf-saf kalian, dekatkanlah di antara saf-saf, ratakan leher-leher kalian. Demi dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sungguh aku lihat syaitan masuk di antara celah-celah dan syaitan tersebut seperti kambing-kambing hitam.”(Hadis Sahih dari an-Nasa’i)

Nabi juga membezakan kesalahan bersifat peribadi dan kesalahan yang melanggar syariat. Beliau tidak memarahi jika kesalahan itu hanya menyakiti jasadnya. Imam Bukhari merekodkan kisah di mana seorang lelakiu Badwi menyentap kain di leher Nabi sehingga berbekas. Namun Nabi tidak memarahina sekalipun. Begitu juga ketika beliau dicerca dan dilukai dengan balingan batu dan najis ketika berdakwah di Thaif.

Namun jika yang disakiti itu adalah syariat, sikap beliau jelas berbeza.

Tidak Terburu-buru Menjatuhkan Hukuman

Satu dari kebijaksanaan Nabi menangani kesalahan ialah beliau tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman. Apabila berlaku kesalahan beliau akan menyiasat secara adil dan memberi peluang kepada pelaku kesalahan untuk memberi penjelasan dan membela diri.

Ini dapat dilihat pada kes seorang sahabat Hatib bin Abi Baltaah yang telah membocorkan rahsia persiapan perang kepada kaum kafir musyrik di Mekah. Walaupun peristiwa itu diberitahu oleh Allah lewat wahyu melalui Jibril, Nabi tetap memanggil Hatib untuk dibicarakan.

Demikiankan beberapa manfaat yang dapat diambil dari buku ini. Sungguh ia memberi banyak ilmu.

Read Full Post »

Kesalahan Mendidik Anak, Bagaimana Terapinya

Judul Asal : At-Taqshir fi Tarbiyatul Awlad; al-Mazhaahir, Subulul Wiqayah wal Ilaj

Penulis : Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd

Penterjemah : Abu Barzanji

Penerbit : Gema Insani (2000)

93 halaman 

Pengarang kitab kecil ini memulakan kalam dengan memetik sepotong syair yang sinikal,

“Seorang lelaki melemparkan anaknya ke dalam laut dalam keadaan tangan anaknya diikat lalu berkata,‘Jauhilah olehmu, jauhilah olehmu dari basah dengan air’”.

Inilah ibarat yang tepat menggambarkan sikap sebahagian ibu bapa kepada anaknya.

Islam menggariskan hak-hak yang wajib ditunaikan oleh seorang anak kepada kedua orang tua. Dan dalam masa yang sama Islam juga mengariskan beberapa hak anak terhadap kedua orang-tua. Sekiranya ibu bapa tidak menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap anak-anak, masakan anak akan melakukan hal yang sama.

Pengarang naskah ini menyenaraikan 39 kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak. Secara sepintas lalu ia termasuklah :

  1. Memberikan nama-nama yang membawa makna yang buruk di sisi agama.
  2. Tidak memilih ibu yang solehah untuk anak-anaknya.
  3. Terlalu bersikap kasar dan tegas terhadap anak-anaka.
  4. Terlalu bersikap lembut dan memanjakan anak-anak.
  5. Terlalu bersangka baik terhadap anak-anak.
  6. Terlalu bersangka buruk terhadap anak-anak.
  7. Mendoakan keburukan terhadap anak-anak
    1. “Janganlah kamu mendoakan kecelekaan atas dirimu sendiri, jangan pula mendoakan atas anak-anakmu, atas kemusnahan harta-hartamu. Dikhawatirkan doa itu bertepatan dari Allah yang pada saat dimohonkan lalu dikabulkan permohonanmu.” (Hadis Muslim)
  8. Melakukan maksiat dan mungkar di hadapan anak-anak seperti merokok, berkata kotor, mencukur janggut, mendengar lagu-lagu, dan mendedahkan aurat di hadapan anak-anak.
  9. Menyekolahkan anak-anak ke sekolah asing yang mengabaikan pelajaran akidah an akhlak Islam.
  10. Bergembira di hadapan anak terhadap orang yang ditimpa musibah.

Pada bahagian akhir pengarang membawakan beberapa tips dan kaedah dalam mendidik anak.

Read Full Post »

Menjadi Guru Yang Sukses dan Berpengaruh
Penulis : Dr Muhammad bin Abdullah Ad-Duwesy
Penerbit : Pustaka Elba, Surabaya (2010)

Pengarang

Saya cuba mendapatkan biografi ringkas pengarang naskah ini, namun masih belum bertemu. Yang sempat saya temui ialah DR Muhammad bin Abdullah Ad-Duwesy juga menulis beberapa buku berkaitan tema yang sama seperti :

• Terapi Maksiat
• Biografi Generasi Muda Sahabat Nabi
• Sabil An-Najah min Syu`mi Al-Ma`shyyiah
• At Tarbiyah Al Jaddah Dharurah, Dar Al Wathan, Riyadh 1415
• Perang Melawan Syahwat terjemahan oleh Daar an-Naba
• Kiprah Pemudi Sahabat Nabi

Potret pendidik yang paling mulia ialah Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau). Salah satu dari tugas utama Nabi ialah mengajarkan umat isi kandungan Al-Qur;an dan perkara-perkara lain yang belum diketahui oleh manusia. Ini dijelaskan oleh Allah dalam Kitabnya,

(Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah, ayat 151)

Ayat dengan nada yang sama disebutkan dalam beberapa tempat yang lain dalam Al-Qur’an.

Nabi Muhammad adalah guru agung. Modulnya datang dari Tuhan Yang Maha Tahu. Manakala jurulatihnya ialah Jibril (sala keatasnya), malaikat yang mulia.

Kepakaran Nabi mengajar, mendidik dan mendorong umat disebutkan oleh seorang sahabat Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami,

“Aku korbankan bapa dan ibuku untuknya, aku tidak melihat seorang guru sebelumnya dan sesudahnya yang lebih baik pengajarannya daripada dia.” (Hadis Rekod Imam Muslim)

Antara metod yang dicontohkan oleh Nabi ketika mengajar anak muridnya, para sahabat (semoga Allah redha kepada mereka semua) ialah :

Membiasakan Mereka Utnuk Mengetahui Alasan dan Titik Pijakan Hukum
Metod dan Etika Bertanya
Memberi Jawapan Tidak Terbatas Pada Pertanyaan, melainkan menjawab dengan kaedah umum
Mendidik Sahabat Tentang Manhaj Talaqqi
Mendidik Tentang Metod Bersikap Tentang Dalil
Membiasakan Istinbath (Mengambil Kesimpulan)
Membiasakan Dialog dan Murajaah
Mendorong dan Memberi Pujian
Menggabungkan Antara Pengajaran Peribadi dan Kolektif
Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Kemudian pada bahagian yang lain, pengarang menhuraikan sifat-sifat positif yang perlu dimiliki oleh seorang guru dan pendidik.

Komentar Saya

Untuk bergelar pakar, sekurang-kurangnya perlu baca 100 buah buku dalam tema yang berkaitan. Saya belum membaca buku sebanyak itu dalam tema pendidikan. Saya sekadar sempat membaca puluhan sahaja.

Setakat puluhan buku pendidikan dan parenting sayang sudah saya baca, buku ini menduduki kelas teratas. Antara kupasan dan huraian terbaik berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.

dari blog encikbaca.

Read Full Post »

Muhammad bin Idris As-Syafie (150-204)

Siapa yang tidak kenal Imam as-Syafie, kendatipun ramai juga yang tidak arif tentang latar belakang hidup dan manhaj beliau dalam beragama.

Beliau lahir pada tahun matinya Imam Abu Hanifah. Ayahnya, Idris meninggal ketika beliau masih bayi. Ibunya sendirian bersusah payah mengasuhnya sejak kecil.

Anak kecil yang cerdas

Hasilnya, dalam usia 7 tahun ia sudah hafal al-Qur’an 30 juz, pada usia 10 tahun (menurut riwayat lain, 13 tahun) ia hafal kitab al-Muwaththa` karya Imam Malik dan pada usia 15 tahun (menurut riwayat lain, 18 tahun) ia sudah dipercayakan untuk berfatwa oleh gurunya Muslim bin Khalid az-Zanji.

Imam Syafie sangat komited dengan Sunnah Nabi, walaupun ketika itu belum ada usaha pengumpulan hadith secara sistematik. Usaha mengumpul dan menyusun hadith bermula dengan giat pada era Imam Ahmad bin Hanbal, anak murid Imam Syafie.

Pendokong sunnah “Nashir Sunnah”

Lantaran komitednya beliau pada sunnah nabi sehingga beliau berkata,

Apabila kalian bertemu dengan hadith sahih yang bertentangngan dengan pendapatku, maka peganglah hadith itu dan lemparkan pendapatku ke dinding“.

Salah seorang anak murid Imam Syafie yang paling bijak Abu Yakub Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (230 H) pernah menceritakan. Beliau membaca hadith Ammar bin Yassir tentang tayammum dalam Sahih Bukhari. Ternyata hadith ini bersalahan dengan fatwa Imam as-Syafie.

Lantas al-Buwaiti mengambil pisau dan mengikis fatwa Imam asy-Syafie dari kitabnya. Sikap al-Buwaiti ini bertepatan dengan pesan Imam asy-Syafie,

“Sekiranya sahih sesuatu hadith, maka itu adalah mazhabku”.

Bacaan Tambahan

  1. Anak-Anak Yatim yang Mengubah Jalan Sejarah
  2. Manhaj Aqidah Imam asy-Syafie
  3. Biografi dari Wikipedia

Read Full Post »

1. al-Amthal dalam al-Quran : Golongan Munafik

1. al-Amthal dalam al-Quran : Golongan Kafir dan Ahli Kitab

Penulis : Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad

Penerbit : Utusan Publication (2009)

Dr Muhd Najib merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan. Buku ini merupaka satu dari kajian beliau.

Al-amthal ialah perbandingan atau analogi dalam bahasa saintifiknya.

Saya sedang membuat sedikit kajian tentang kaedah Luqman mendidik anak dalam Surah Luqman. Dalam beberapa ayat perintah dan larangan Luqman kepada anaknya, dia menggunakan dua kali perbandingan. Pertama menggunakan biji sawi dan kedua menggunakan perumpamaan keldai.

Buku ini menjelaskan secara sepintas lalu, jenis-jenis analogi yang digunakan dalam Al-Quran khususnya yang menceritakan golongan munafik.

Kajian ini merupakan lanjutan dari kajian-kajian yang telah pun dibuat oleh sarjana Islam terdahulu. Antara rujukan yang dibuat oleh pengarang ialah Tirmidzi (Al-Amthal min Kitab wa Sunnah) dan Zamakhyari (Al-Mustaqsa fil Amthal al-Arab).

Ternyata analogi merupakan kaedah yang digunakan dalam Al-Quran secara meluas.

Saya menantikan buku-buku yang membincangkan analogi dari perspekstif hadits nabi.

Dan bagaiman melaksanakan unsut analogi dalam dakwah dan pendidikan? Sedangkan dalam setiap bahasa (mungkin) mempunyai seni membuat perbandingan. Dalam bahasa melayu ada bidalan, perumpamaan dan peribahasa. Begitu juga bahasa Inggeris.

Mari sama-sama kita kaji. Baca rebiu di encikbaca.

Read Full Post »

Older Posts »