Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Akidah’ Category

Ahlus Sunnah adalah Golongan Wasatiyah

Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah Ahlus Wasath (umat yang pertengahan di antara kelompok-kelompok yang meyimpang dan sesat). Allah menjadikan umat Islam sebagai umat pertengahan (umat yang adil yang terpilih), di kalangan semua manusia, sebagaimana firman-Nya:

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…” (surah al-Baqarah, 2: 143)

Mereka (Ahlus Sunnah) adalah pertengahan di antara golongan yang sesat. Menurut penjelasan Imam ‘Abdullah Ibnul Mubarak (wafat 181 H) dan Yusuf al-Asbath (wafat 195 H) bahawa golongan yang sesat dan binasa banyak jumlahnya, akan tetapi sumber perpecahannya ada empat golongan, iaitu: 1- Rafidhah (Syiah), 2- Khawarij, 3- Qadariyah, dan 4- Murji’ah. (lihat: Syarah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawwas, ms. 348, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, cet. 8, 2010M)

Di antara keyakinan dan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang merupakan pertengahan adalah:

1. Ahlus Sunnah adalah pertengahan dalam masalah Sifat-sifat Allah antara golongan Jahmiyyah dan Musyabbihah.

Jahmiyyah adalah aliran yang sesat dan dikafirkan oleh ulama. Disebut demikian kerana dikaitkan dengan nama tokoh pendirinya, iaitu Abu Mahraz Jahm bin Sofwan at-Tirmidzi yang dibunuh pada tahun 128 H. Di antara pendapat aliran ini adalah mengingkari nama-nama dan sifat-sifat Allah, fahaman bahawa Al-Qur’an adalah makhluk dan bahawa iman itu hanya sekadar mengenal Allah, mereka berkeyakinan bahawa syurga dan neraka itu fana (akan binasa) dan lain-lain.

Sedangkan golongan Musyabbihah pula menyamakan atau menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk-Nya. Dalam hal ini, Ahlus Sunnah berada diantara kedua-dua pandangan ekstrim ini.

Seorang sarjana Islam abad ke-6 Hijrah Ibnu Qudamah al-Maqdisi menyimpulkan bahawa: “Seluruh sifat-sifat Allah yang terdapat dalam Al-Qur’an atau dalam sunnah yang sahih dari Nabi saw wajib diimani dan diterima dengan sepenuh hati, tidak boleh diprotes dan ditolak baik dengan takwil, tasybih, dan tamthil. (lihat: Syarah Lum’atul I’tiqod, oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, ms. 48, Media Hidayah, Jakarta, 2009)

2. Ahlus Sunnah pertengahan dalam masalah ancaman Allah, antara Murji’ah dan aliran Wa’idiyyah, dari kalangan Qadariyyah dan selain mereka.

Murji’ah mengatakan: “Suatu dosa tidak membahayakan selama ada iman, sebagaimana suatu ketaatan tidak berguna selama ada kekafiran.” Menurut mereka, amal tidaklah termasuk dalam criteria iman, serta iman bertambah dan tidak pula berkurang.

Wa’idiyyah pula berpendapat bahawa Allah harus melaksanakan ancaman-Nya, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an. Oleh kerana itu, mereka berpendapat bahawa pelaku dosa besar, apabila ia mati tanpa bertaubat, maka ia akan kekal di dalam neraka, sebagaimana yang diancamkan oleh Allah terhadap mereka, sebab Allah tidak akan menyalahi janjinya.

Sedangkan yang benar menurut Ahlus Sunnah bahawa seorang Muslim yang berbuat dosa besar akan mendapat ancaman dengan Neraka apabila ia tidak bertaubat. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengampuninya. Dan jika Allah menghendaki, Dia akan menyeksanya di dalam Neraka. Namun mereka tidak kekal dalam Neraka.

3. Ahlus Sunnah pertengahan antara aliran Jabariyyah dan Qadariyyah dalam masalah perbuatan hamba-Nya.

Jabariyyah mempunyai pandangan bahawa manusia dipaksa dalam segala perbuatan, gerak-geri dan tingkah laku. Manusia menurut mereka tidak memiliki kekuasaan dan kebebasan untuk memilih. Mereka juga menafikan perbuatan hamba secara hakikat dan menyandarkannya kepada Allah.

Lawan bagi aliran ini ialah Qadariyyah yang menolak ketentuan atau takdir dari Allah. Aliran sesat ini mengatakan manusia yang menentukan nasibnya sendiri, terlepas dari kudrat serta iradat Ilahi. Berkongsi pandangan yang sama ialah kelompok muktazilah.

Pandangan yang benar di sisi Ahlus Sunnah ialah semua perbuatan hamba pada hakikatnya adalah ciptaan Allah. Kemudiannya, yang melaksanakan perbuatan tersebut adalah hamba itu sendiri secara hakiki. Seorang hamba mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk membuat pilihan. Dan Allah juga yang memberi kemampuan kepada mereka untuk melakukan perbuatan tersebut.

Imam Abu Uthman As-Sabuni (wafat 499 H) menjelaskan: “Pemahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah keyakikan bahawa perbuatan hamba adalah diciptakan Allah. Dan mereka meragui hal terssebut sedikitpun. Sebaliknya, mereka menganggap orang yang mengingkari dan tidak menerima kenyataan itu sebagai orang yang menyimpang dari petunjuk dan kebenaran.” (Aqidatus Salaf Ash-haabil Hadits, ms. 98, Jahabersa, Johor Bahru, 2003 )

4. Ahlus Sunnah pertengahan dalam hal nama-nama iman dan agama, antara golongan Haruriyyah dan Muktazilah, serta antara kaum Murji’ah dan Jahmiyyah.

Haruriyyah mendakwa pelaku dosa besar adalah kafir dan di akhirat kekal di Neraka.

Muktazilah berasal dari pengikut Washil bin Atha’ dan Amr bin ‘Ubaid yang mengasingkan diri dari kelompok majlis ilmu Imam Hassan al-Basri (wafat 110 H). Wasil bin ‘Atha’ berpendapat, pelaku dosa besar berada dalam status antara iman dan kafir, tidak dikatakan beriman dan tidak pula dikatakan kafir (disebut juga sebagai manzilah bainal manzilatain). Dan jika tidak bertaubat, maka di akhirat akan kekal dalam Neraka.

5. Ahlus Sunnah juga pertengahan antara golongan Rafidhah (Syiah) dan Khawarij, dalam masalah Sahabat Nabi.

Rafidhah adalah salah satu pecahan paling ekstrim Syiah. Mereka bersikap berlebihan terhadap ‘Ali dan Ahlul Bait, serta membenci dan memusuhi sebahagian besar sahabat Nabi saw, khususnya Abu Bakar dan Umar ra.

Khawarij pula ialah satu kelompok sesat yang pertama tergelincir dari ajaran Islam. Mereka mangkafirkan Ali dan Muawiyah  ra serta pendukung keduanya. Prinsip Khawarij yang paling mendasar ada tiga:

1- Mengkafirkan ‘Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan dan dua hakim yang diutus untuk meleraikan perselisihan Ali dan Muawiyah iaitu Abu Musa al-‘Asy’ari dan ‘Amr bin al-‘Ash ra. 2- Wajib keluar memberontak dari penguasa yang zalim. 3- pelaku dosa besar adalah kafir dan di akhirat kekal dalam Neraka.

Kesemua aliran ini punya akar sejarahnya tersendiri. Walau apapun asal muasalnya, yang pasti ideologi ini memiliki pewaris hingga ke hari ini. Ia bukan sahaja berlaku di luar negara. Perkembangan alam siber memberi kesan setiap yang berdetik di hujung benua sana, merebak ke seluruh dunia dalam masa beberapa saat dan twit sahaja.

Namun apa yang menarik, situasi semasa dalam negara menampakkan sepertinya semua kelompok yang terkesan dengan ideologi sesat ini mengerumuni satu lubuk. Baik ideologi Syiahnya, mahupun neo-khawarij, ataupun muktazilah-liberal, pluralisme (menyamakan semua agama), pejuang hak asasi manusa, LGBT, pro-Yahudi dan macam-macam kelompok yang ajaib dan pelik. Semua jenis manusia ini seperti semut yang mengerumuni gula. Dan pihak yang bermanis-manis menanam tebu dibibir dan menabur gula ini ialah pembangkang!

Mohd Riduan b Khairi

Kota Kinabalu, Sabah.

siaran portal wartarakyat.my

Advertisements

Read Full Post »

Tempat Duduk Syaitan

Diriwayatkan dari seorang lelaki dari kalangan sahabat-sahabat Nabi selawat dan salam buat beliau, bahawasanya Nabi melarang menduduki (tempat) yang ada di antara sinar matahari dan bayangan. Beliau berkata, “(Itu adalah) tempat duduk syaitan.”

(HR Ahmad, statusnya hasan)

Bagaimana Merobek Rahang Syaitan?

Diriwayatkan oleh sahahat Buraidah, semoga Allah redha kepadanya bahawa Nabi Muhammad, selawat dan salam buatnya berkata,

“Tidaklah seorang lelaki mengeluarkan sedikit dari sedekahnya melainkan dengan sedekah itu dia merobek dua rahang tujuh puluh syaitan.”

(HR. Al-Hakim : 1/417. no 1521 dipersetujui oleh Imam Adz-Dzahabi)

Kasut atau Sandal Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah semoga Allah redha kepadanya, bahasa Nabi pernah berkata,

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dengan memakai sebelah sandal.”

(HR At-Tahawy dalam Musykil Al-Atsar, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

Beberapa Benteng dan Penangkal Syaitan yang Jarang Kita Ketahui

1. Solat Menghadap Sutrah

Dari sahabat Sahl bin Abu Hatsmah semoga Allah redha kepadanya, Nabi berkata,

“Apabila salah seorang dari kalian solat menghadap sutrah, maka hendaklah dia mendekati sutrah itu, agar syaitan tidak dapat membatalkan solatnya.”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani) 

2. Berjemaah dalam Safar (mengadakan perjalanan jauh)

Dari sahabat Abdullah bin Umar semoga Allah redha kepadanya, Nabi berkata,

“Satu musafir adalah syaitan, dua musafir adalah syaitan, sedangkan tiga musafir adalam para musafir.”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

3. Melurus dan Merapatkan Saf  Solat

Dari sahabat Anas bin Malik semoga Allah redha kepadanya, dari Nabi,

“Rapatkanlah barisan-barisan solat kalian, saling mendekatlah di antaranya, dan sejajarkanlah dengan leher-leher. Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya sesungguhnya aku benar-benar melihat syaitan masuk di celah-celah barisan seakan-akan dia dalah al-Hadzaf (kambing kecil berwarna hitam).”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

4.  Mohon ‘Ta’awudz’ (Mohon Berlindung Dengan Allah) Ketika Mendengar Nyalakan Anjing dan Ringkikan Keldai

Dari Jabir bin Abdillah, Nabi berkata,

“Apabila kalian mendengar nyalakan anjing dan ringkikan keldai pada waktu malam, maka belindunglah kalian kepada Allah dari syaitan. Sesungguhnya mereka melihat apa yang kalian tidak lihat.”

(HR Ahmad, Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

Demikian beberapa petikan dari hadis-hadis Nabi yang mulia tentang syaitan, sifat-sifatnya dan beberapa kaedah menghindarinya. Semoga beroleh manfaat.

(disarikah dari buku Abdul Hadi bin Hassan Wahbi dalam buku 34 Benteng Pengkal Syaitan)

Read Full Post »

Pembatal Akidah : Tangkal

“Barang siapa yang menggantungkan tangkal, maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis Ahmad dan Thabrani, dari perawi yang thiqah)

penjelasan

Bentuk-bentuk Tangkal Yang Pelbagai

Bentuk-bentuk Tangkal Yang Pelbagai

– pakai tangkal, dan yakin tangkal dipercayai memberi manfaat dan mudharat = syirik besar.
– pakai tangkal, namun percaya kepada Allah. Dan jadikan tangkal sebagai satu usaha = jadi syirik kecil. Namun syirik kecil tetap dianggap dosa besar.
– Kerana dia ambil sebab, dari sesuatu yang Allah tidak jadikan ia sebagai sebab.

Namun perlu diberi catatan bahawa syirik kecil bukan bermakna ia adalah dosa kecil. Ia tetap dosa besar di sisi Allah.

Sebagai contoh, seorang yang solat dalam keadaan riak, maka solatnya tidak diterima. Riak adalah syirik kecil.

Manakala seorang kaki judi, namun tetap melaksanakan solat ; judinya itu tidak mengakibatkan solatnya langsung ditolak oleh Allah. Selagi mana dia tidak menghalalkan judi.

Justeru dosa riak/ syirik kecil jauh lebih berbahaya dari dosa besar seperti judi.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Amran bin Husin bahawa Rasulullah telah melihat di tangan seorang lelaki terdapat gelang emas lalu bertanya, “Apakah ini?

Lelaki itu menerangkan, “Saya memakainya kerana bahu saya ditimpa penyakit sengal-sengal.”

Lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya benda itu tidak menambahkan apa-apa kepadamu kecuali kelemahan. Lucutkanlah ia dari lenganmu. Sesungguhnya jika engkau mati dan benda itu masih berada di badanmu, engkau tidak akan terlepas daripada azab selama-lamanya.”

Huzaifah, ketika melihat seorang lelaki yang mengikat benang seumpama tangkal, telah membaca firman Allah dalam surah Yusuf,

“Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).” (Yusuf: 106)

Dosa syirik seperti sihir, bomoh-bomohan, tangkal, azimat dan yang lain-lain jauh lebih besar dan berbahaya berbanding dosa-dosa besar lain seperti mencuri, zina, judi dan arak.

Dosa syirik membawa kesan murka Allah dan penyebab turunnya bala dan bencana.

Justeru usaha-usaha mencegah dan merawat dosa syirik adalah jauh lebih utama dan penting berbanding mungkar yang lain. Inilah hukum Allah yang sangat penting dan mendesak untuk dilaksanakan ketika ini.

Read Full Post »