Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Tokoh Islam’ Category

Mencintai Ahlus Sunnah

Salah satu dari tanda Ahlus Sunnah ialah mereka mencintai tokoh, ulama dan sarjana Ahlus Sunnah. Persis yang dituturkan oleh Rasulullah (selawat dan salam buat beliau),

“Seseorang akan bersama dengan siapa yang dia cintai”. (Bukhari, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi)

Kalau Faisal Tehrani memuji-muji dengan menyebut-nyebut Jalaluddin Ar-Rumi, Ali Shariati dan Jalaluddin Rakhmat dalam kertas kerjanya, nescaya dia bersama-sama dengan mereka tempatnya di dunia dan di akhirat.

Abu Raja’ Qutaibah bin Said menulis dalam bukunya Al-Iman,

Apabila engkau melihat seorang lelaki menyukai Sufyan Saury, Malik bin Anas, Al-Auzaie, Syu’bah, Ibnul Mubarak, Abul Ahwash, Syarik, Waqi’, Yahya bin Said dan Abdurrahman bin Mahdi, maka ketahuilah bahawa lelaki itu adalah Ahlus Sunnah.

Ahmad bin Salamah menambah dalam nota kaki buku ini,

Saya menambah dengan tulisanku di sebelah bawah bukunya; dan siapa yang menyukai Yahya bin Yahya, Ahmad bin Hanbal, Ishak bin Ibrahim bin Rahawaih.

Manakala Syaikh Abu Othman Ash-Shabuni (373-449H) menambah,

Mereka adalah ulama’ Ahlul Hadith yang telah mengikuti ulama’ tersebut dan termasuk dari mereka. Di antara mereka ialah

  1. Muhammad bin Idris Asy-Syafie (Imam Syafi’e)
  2. Said bin Jubair,
  3. Az-Zuhri,
  4. Asy-Sya’bi
  5. At-Taimie
  6. Laist bin Sa’d Al-Misrie,
  7. Sufyan bin Uyainah,
  8. Hamad bin Salamah,
  9. Hamad bin Zaed,
  10. Yunus bin Ubaid,
  11. Ayyub As-Sakhtiani
  12. Ibnu Aun
  13. Yazid bin Harun Al-Wasithi,
  14. Abdur Rarrak bin Hammam As-San’ani
  15. Jarir bin Abdul Hamid Ad-Dabbie
  16. Muhammad bin Yahya Az-Zuhali
  17. Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (Imam Bukhari)
  18. Muslim  bin Hajjaj Al-Qusairy (Imam Muslim)
  19. Abu Daud Sijastani (Imam Abu Daud)
  20. Abu Zur’ah Ar-Razi
  21. Abu Hatim Ar-Razi
  22. Muhammad bin Aslam At-Thusi
  23. Abu Said Othman bin Said Ad-Darimi As-Sijzie
  24. Imam Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah An-Nisaburi (Ibnu Khuzaimah)

disarikan dari Bab 32 buku Aqidah Salaf Ahlul Hadith oleh Syeikh Abu Othman Ismail bin Abdurrahman Ash-Shobuni (373-449 Hijrah). disemak dan teliti semula oleh Badr bin Abdullah Badr. Terjemahan oleh Ustaz Abdul Wahab bin Bustamy (Jahabersa 2003).

Sengaja saya menjejerkan senarai panjang nama-nama tokoh ulama salaf. Mereka-mereka ini ilmuwan dalam erti-kata benar-benar ilmuwan dan diakui kesarjanaannya. Kalau sarjana hari ini diberi setelah menyiapkan tesis setebal beberapa ratus atau ribu halaman kajian, sarjana dahulu pula menulis ratusan bahkan ribuan judul. Judulnya sahaja sudah ratusan apatah lagi halamannya.

Sarjana dan Karya Besar

Perlu diberi catatan, karya-karya sarjana Islam tidak gah pada judulnya sahaja, bahkan pada kualiti dan saiznya. Dalam sejarah tamadun moden (saya rujuk kepada 100-200 tahun belakangan ini), kita belum menemui karya sebesar Bidayah wal Nihayah (Ibnu Katsir) atau Tarikh Ath-Thobari ataupun Majmu’ Fatawa Taimiyah. Masing-masing karya mereka setebal puluhan jilid. Saya pernah meliaht terjemahannya di Pesta Buku Islam Jakarta awal tahun ini. Jilidnya sahaja mengjangkau dua depa, subhanallah.

Besarnya karya sarjana Islam tidak sama dengan besarnya karya pengarang bukan Islam. Lord Of The Ring itu bolehlah dikatakan besar juga, namun ia hanya memuat perkataan dan khayalan pengarang. Walaupun tidak dinafikan buku itu ditulis dengan teliti berdasarkan sedikit pemerhatian dan kajian.

Namun jika dibandingkan karya sarjana Islam dahulu, setiap fakta yang dinyatakan sumber rujukan secara tepat dan spesifik.

Sekali lagi, sengaja saya jejerkan senarai panjang ulama terdahulu yang diakui keilmuan mereka bahkan direkomen merentasi zaman. Sudah ada usaha-usaha menerbit dan mencetak karya-klasik karangan mereka seperti yang diusahakan di Arab Saudi. Dan yang lebih menggembirakan lagi ialah versi terjemahan dalam bahasa Melayu (merujuk kepada bahasa Melayu Indonesia) juga seiring cepat dengan edisi Arabnya. Sebagai contoh Usul Sunnah oleh Imam Ahmad bin Hambal, Syrhus Sunnah oleh Imam Barbahari, kedua-dia karya ini sudahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.

Saya menanti-nanti terjemahan buku akidah antara yang paling awal ditulis Fiqh Akbar oleh Imam Abu Hanifah.

Read Full Post »

Pesan Imam Asy-Syafie kepada Penuntut Ilmu

Barangsiapa yang belajar Al-Qur’an, maka harga dirinya menjadi mulia.

Barangsiapa yang belajar fiqh, maka menjadi cerdik daya nalarnya.

Barangsiapa yang belajar ilmu bahasa, maka tabiatnya menjadi lunak.

Barangsiapa yang belajar imu matematik, maka akan banyak ra’yi(pendapat logik)nya.

Barangsiapa yang menulis hadith, maka hujjahnya menjadi kuat.

Barangsiapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bermanfaat ilmunya.

(Al-Manjmu’ Syarah Al-Muhdzib, dipetik dari The Mystery Of The Quran Secret Power)

Read Full Post »

Pepatah Arab menyebut “Lembutkan perkataan, kerana ia akan melembutkan hati”.

Satu dari bentuk kelembutan perkataan ialah menggunakan tamsilan atau perumpamaan (analogi) dalam berbicara. Perumpamaan wujud dalam banyak bentuk seperti bidalan, kiasan, simpulan bahasa dan peribahasa. Setiap bahasa yang berkembang (kecuali bahasa pengaturcaraan komputer!) memiliki ciri-ciri keindahan ini.

Dalam kajian wasiat Luqman, prinsip analogi digunakan oleh Luqman ketika menasihati anaknya. Satu dalam bentuk analogi ‘sebesar biji sawi’, manakala satu lagi dalam bentuk analogi ‘seburuk-buruk suara adalah suara keldai’.

Penggunaan analogi begini akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada pembaca @ pendengar. Saya baru siap membaca sebuah buku berkaitan hubungan antara ulama dan pemerintah. Rupa-rupanya, analogi tidak sahaja digunakan ketika menyampaikan pelajaran atau nasihat kepada anak-anak kecil. Bahkan ilmuwan Islam dahulu, juga menggunakan analogi untuk menasihati pemimpin.

Saya tampilkan disisi nukilan dari buku tersebut.

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik pernah meminta nasihat dari seorang sarjana Tawus Al-Yumani,

Berilah peringatan dan nasihat kepadaku.

Jawab Tawus Al-Yamani, “Aku mendengar pesanan Ali bin Abi Talib, katanya ‘Sesunggunnya di neraka jahanam ada ular-ular besar dan kala jengking yang sebesar baghal menggigit pemimpin yang tidak adil kepada rakyatnya’ ”.

Perkataan Abu Hazim kepada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik,

“Wahai Amirul Mukminin, orang yang baik akan menghadapi Tuhannya umpama perantau yang kembali ke pangkuan keluarganya. Manakala seorang jahat pula akan berhadapan dengan Tuhannya seperti seorang hamba abdi yang melarikan diri dihadapkan kepada tuannya.

Dari buku Dialog Ulama dan Umarak, Wan Iqbal Wan Abdul Hamid, Pustaka Ilmi  2000

Read Full Post »

“Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) itu sahaja sudah lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz”.

Perkataan Abdullah bin Mubarak dalam Bidayah wan Nihayah

Read Full Post »

Orang Tua yang Jelek

Utsman bin ‘Atha’ Al-Khurasani, berkata, “Aku di dalam suatu perjalanan bersama ayahku, kami ingin berkunjung kepada Hisyam bin Abdul Malik. Ketika kami telah berjalan mendekati Damaskus, tiba-tiba kami melihat orang tua di atas Himar hitam, dengan mengenakan baju jelek dan kasar jahitannya.serta memakai jubah lusuh dan berpeci. Tempat duduknya terbuat dari kayu, maka aku tertawakan dia dan aku berkata kepada ayah,

“Siapa ini?”

Maka ayah berkata, “Diam, ini adalah penghulu ahli fiqih penduduk Hijaz ‘Atha’ bin Abi Rabah“.

Bertemu Khalifah

Satu hari khalifah Hisyam bin Abdul Malik  memanggil Atha mengadap di istana. Khalifah bertanya, “Apa keperluan anda wahai Abu Muhammad?

‘Atha’ berkata, “Wahai Amirul Mu’minin; Penduduk Haramain (Makkah dan Madinah) adalah penduduk Allah dan tetangga Rasul-Nya, berikanlah kepada mereka rizki-rizki dan pemberian-pemberian”.

Maka Hisyam menjawab, “Baik, Wahai jurutulis, tulislah untuk penduduk Makkah dan Madinah pemberian-pemberian dan rizki-rizki mereka untuk waktu satu tahun”.

Kemudian Hisyam berkata, “Apakah ada keperluan lain wahai Abu Muhammad?.” ‘

Atha’ berkata, “Ya wahai Amirul mu’minin, penduduk Hijaz dan penduduk Najd adalah inti arab dan pemuka Islam, maka berikanlah kepada mereka kelebihan sedekah mereka.”

Maka Hisyam berkata, “Baik, wahai tukang catat, tulislah, bahwa kelebihan sedekah mereka dikembalikan kepada mereka.”

Apakah ada keperluan lain selain itu wahai Abu Muhammad?

” Ya wahai Amirul mu’minin, Kaum muslimin yang menjaga di perbatasan, mereka berdiri di depan musuh-musuh anda, dan mereka akan membunuh setiap orang yang berbuat jahat kepada kaum muslimin, maka berikanlah tambahan elaun kepada mereka, karena kalau mereka mati, maka perbatasan akan hilang.”

Maka Hisyam berkata, “Baik, wahai tukang catat, tulislah, supaya ditambah elaun kepada mereka.”

Apakah ada keperluan lain wahai Abu Muhammad?

‘Atha’ berkata, “Ya, wahai Amirul mu’minin; Orang-orang kafir dzimmi supaya tidak dibebani dengan apa yang mereka tidak mampu, karena apa yang anda tarik dari mereka adalah merupakan bantuan untuk anda atas musuh anda.”

Maka Hisyam berkata, “Wahai jurutulis, tulislah untuk orang-orang kafir dzimmi, supaya mereka tidak dibebani dengan sesuatu yang mereka tidak mampu.

Wahai Atha, engkau telah menyebutkan keperluan orang lain. Yang aku maksudkan apakah ada keperluan lain untuk dirimu?

‘Atha’ berkata, “Wahai Amirul Amirul Mukminin, keperluan aku sudah ada yang mencukupkannya, Allah Azza wa Jalla”

Bacaan Tambahan

1. As-Sofwah.

2. Potret 28 Tokoh Tabi’in, Azhari Ahmad Mahmud

Read Full Post »

Raja’ bin Haiwah (w112 H)

“Sesungguhnya pada suku Kindah terdapat tiga orang yang melalui doa mereka, Allah turunkan hujan dan menangkan atas musuh, salah satunya adalah Raja’ bin Haiwah” (Maslamah bin ‘Abdul Malik)

Beliau lahir di Palestin ketika zaman Uthman Affan. Merupakan penasihat (menteri) kepada bebepara khalifah termasuk Sulaiman bin Abdul Malik dan Umar bin Abdul Aziz.

Justeru nama Raja’ tidak dapat dipisahkan dari sejarah Hisham bin Abdul Mali, lebih-lebih lagi sejarah Umar bin Abdul Aziz.

Barisan gurunya

Beliau mengambil hadith dari beberapa orang sahabat termasuk :

  1. Abu Sa’id al-Khudry,
  2. Abu ad-Dardâ`,
  3. Abu Umâmah,
  4. ‘Ubadah bin ash-Shâmit,
  5. Mu’âwiyah bin Abu Sufyân,
  6. ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Âsh,
  7. an-Nawwâs bin Sam’ân shahabat lainnya.

Bakti kepada orang tua

Suatu pagi Raja’ sedang menyampaikan kajian hadith di hadapan ribuan pelajar di masjid. Menjelang siang, tiba-tiba ibunya memanggil, “Wahai Raja!”

Sambut beliau, “Ya wahai ibuku”.

Hari sudah siang, berikan anak-anak ayam makan”, balas ibunya.

Kemudian Raja’ pun menutup catatan hadith di hadapannya, meninggalkan majlis dan menuruti perintah ibunya.

Begitulah sikap seorang hambah Allah yang saleh, sekalipun bergelar ulama’ menyandang posisi sebagai penasihat khalifah. Namun di sisi orang tua, beliau adalah seorang anak yang selalu sedia untuk patuh pada kehendak dan perintah orang tuanya.

(Kisah ini dinukilkan oleh Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah dalam kuliahnya)

Sikap Raja’ kepada ahli bid’ah

Disebalik sikapnya yang lunak terhadap orang tua dan pemerintah kaum Muslimin, beliau mengambil pendirian sebaliknya terhadap ahli bid’ah.

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik pernah merasa kesal kerana telah menghukum dua pelaku bid’ah yang menentang ajaran salaf, Ghiylan dan Shaleh. Berita ini sampai kepada Raja’, lalau beliau mengutus sepucuk surat kepada khalifah,

Aku mendapat tahu bahawa tuan merasa gelisah kerana telah menghukum bunuh dua pelaku bid’ah, Ghiylan dan Shaleh. AKu bersumpah dengan nama Allah bahawa tindakanmu, wahai Amirul Mukminin, lebih baik dari membunuh dua ribu tentera Rom dan Turki.

Beliau mati pada tahun 112 Hijrah.

Bacaan tambahan

1. Potret 28 Tokoh Tabiin, Azhari Ahmad Mahmud

Read Full Post »

Muhammad bin Idris As-Syafie (150-204)

Siapa yang tidak kenal Imam as-Syafie, kendatipun ramai juga yang tidak arif tentang latar belakang hidup dan manhaj beliau dalam beragama.

Beliau lahir pada tahun matinya Imam Abu Hanifah. Ayahnya, Idris meninggal ketika beliau masih bayi. Ibunya sendirian bersusah payah mengasuhnya sejak kecil.

Anak kecil yang cerdas

Hasilnya, dalam usia 7 tahun ia sudah hafal al-Qur’an 30 juz, pada usia 10 tahun (menurut riwayat lain, 13 tahun) ia hafal kitab al-Muwaththa` karya Imam Malik dan pada usia 15 tahun (menurut riwayat lain, 18 tahun) ia sudah dipercayakan untuk berfatwa oleh gurunya Muslim bin Khalid az-Zanji.

Imam Syafie sangat komited dengan Sunnah Nabi, walaupun ketika itu belum ada usaha pengumpulan hadith secara sistematik. Usaha mengumpul dan menyusun hadith bermula dengan giat pada era Imam Ahmad bin Hanbal, anak murid Imam Syafie.

Pendokong sunnah “Nashir Sunnah”

Lantaran komitednya beliau pada sunnah nabi sehingga beliau berkata,

Apabila kalian bertemu dengan hadith sahih yang bertentangngan dengan pendapatku, maka peganglah hadith itu dan lemparkan pendapatku ke dinding“.

Salah seorang anak murid Imam Syafie yang paling bijak Abu Yakub Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (230 H) pernah menceritakan. Beliau membaca hadith Ammar bin Yassir tentang tayammum dalam Sahih Bukhari. Ternyata hadith ini bersalahan dengan fatwa Imam as-Syafie.

Lantas al-Buwaiti mengambil pisau dan mengikis fatwa Imam asy-Syafie dari kitabnya. Sikap al-Buwaiti ini bertepatan dengan pesan Imam asy-Syafie,

“Sekiranya sahih sesuatu hadith, maka itu adalah mazhabku”.

Bacaan Tambahan

  1. Anak-Anak Yatim yang Mengubah Jalan Sejarah
  2. Manhaj Aqidah Imam asy-Syafie
  3. Biografi dari Wikipedia

Read Full Post »