Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘perumpamaan’

New River Gorge National River, West Virgina

“Perumpamaan orang yang berdoa tanpa beramal ialah seperti orang yang memanah tanpa anak panah.”

Wahb bin Munabbih rahimahullah dalam Jamiul Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab al-Hanbali

Read Full Post »

272045126_e0eeb03ba8Imam Ahmad meriwayatkan bahawa an-Nawas bin Sam’an berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

يُؤْتَى بِالقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدَمُهُم سُورَة الْبَقَرَةِ وَآلُ عِمْرَانُ

“Al-Quran akan datang pada hari kebangkitan dan ahlinya mereka yang mengamalkannya akan mendahului mereka surah al-Baqarah dan al-Imran.”

An-Nawas berkata, “Nabi saw meletakkan tiga perumpamaan bagi dua surah ini dan tidak melupakan perumpamaan ini semenjak itu. Beliau bersabda,

كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ ظُلَّتَانِ سَودَاوَانِ بَيْنَهُمَا شَرْقٌ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، يُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا

“Akan datang seumpama dua awan atau dua pelindung yang gelap antara keduanya timbul, atau seumpama keduanya dua kawanan burung berbaris, berhujjah kedua-duanya dari sahabat mereka.”

Perumpamaan supaya mudah ingat

Salah satu hikmah dan tujuan perumpamaan digunakan oleh Allah dan Rasul dalam ayat-ayat al-Qur’an dan hadis ialah supaya mesej di dalamnya mudah diingat.

Hal ini Allah nyatakan dalam firmanya yang bermaksud;

Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka selalu ingatDan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (Surah Ibrahim 24-26)

Imam Syaukanni (1759–1834M) juga menukilkan dalam kitab tafsirnyaFathul Qadir,

“Membuat perumpamaan mengandun nilau plus bagi daya ingat dan daya faham, serta merupakan visualisasi makna.”

Read Full Post »

Pepatah Arab menyebut “Lembutkan perkataan, kerana ia akan melembutkan hati”.

Satu dari bentuk kelembutan perkataan ialah menggunakan tamsilan atau perumpamaan (analogi) dalam berbicara. Perumpamaan wujud dalam banyak bentuk seperti bidalan, kiasan, simpulan bahasa dan peribahasa. Setiap bahasa yang berkembang (kecuali bahasa pengaturcaraan komputer!) memiliki ciri-ciri keindahan ini.

Dalam kajian wasiat Luqman, prinsip analogi digunakan oleh Luqman ketika menasihati anaknya. Satu dalam bentuk analogi ‘sebesar biji sawi’, manakala satu lagi dalam bentuk analogi ‘seburuk-buruk suara adalah suara keldai’.

Penggunaan analogi begini akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada pembaca @ pendengar. Saya baru siap membaca sebuah buku berkaitan hubungan antara ulama dan pemerintah. Rupa-rupanya, analogi tidak sahaja digunakan ketika menyampaikan pelajaran atau nasihat kepada anak-anak kecil. Bahkan ilmuwan Islam dahulu, juga menggunakan analogi untuk menasihati pemimpin.

Saya tampilkan disisi nukilan dari buku tersebut.

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik pernah meminta nasihat dari seorang sarjana Tawus Al-Yumani,

Berilah peringatan dan nasihat kepadaku.

Jawab Tawus Al-Yamani, “Aku mendengar pesanan Ali bin Abi Talib, katanya ‘Sesunggunnya di neraka jahanam ada ular-ular besar dan kala jengking yang sebesar baghal menggigit pemimpin yang tidak adil kepada rakyatnya’ ”.

Perkataan Abu Hazim kepada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik,

“Wahai Amirul Mukminin, orang yang baik akan menghadapi Tuhannya umpama perantau yang kembali ke pangkuan keluarganya. Manakala seorang jahat pula akan berhadapan dengan Tuhannya seperti seorang hamba abdi yang melarikan diri dihadapkan kepada tuannya.

Dari buku Dialog Ulama dan Umarak, Wan Iqbal Wan Abdul Hamid, Pustaka Ilmi  2000

Read Full Post »

Katakanlah : Seandainya lautan mejadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku maka pasti habislah lautan itu, sebelum selesai kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu itu juga lagi.

Al-Kahfi 18 : 109

Read Full Post »

“Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) itu sahaja sudah lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz”.

Perkataan Abdullah bin Mubarak dalam Bidayah wan Nihayah

Read Full Post »

“Apa yang telah ditanam Al-Qur’an dalam hati kalian wahai ahli Al-Qur’an?

Sesungguhnya A-Qur’an adalah musim seminya seorang mukmin, ibarat hujan adalah musim seminya tanah”.

– Malik bin Dinar dalam Ihya’ Ulumuddin

Read Full Post »

Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) pernah berkata, maksudnya :

Belajarlah Al-Qur’an, bacalah dan bacakanlah. Kerana sesungguhnya perumpamaan Al-Qu’ran bagi yang mempelajari dan mengamalkannya ibarat kantung kulit yang diisi minyak kasturi. Aromanya semerbak ke semua tempat.

Dan perumpamaan orang yang mempelajarinya lalu tidur sedangkan Al-Qur’an berada dalam rengkongnya, ibarat kantong kulit yang masih terikat yang berisi minyak kasturi.

(Hadith ini dilaporkan oleh Abu Hurairah dalam Sunan Tirmidzi, Sahih Ibnu Hibban)

Read Full Post »

Older Posts »