Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘YaPEIM’ Category

Advertisements

Read Full Post »

Utusan Malaysia 4 Mac 2012

Yapeim jelajah sekolah pondok

JERAI 3 Mac – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan menjelajah ke sekolah-sekolah pondok di seluruh negara melalui program Kembara Yapeim Prihatin untuk membantu mengerakkan ekonomi dan kemudahan prasarana sekolah-sekolah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program kembara tersebut yang dilancarkan hari ini di Sekolah Menengah Fauzi di sini dijangka berakhir pada 2014.

“Di setiap sekolah pondok yang kita singgah, Yapeim akan cuba membantu dari segi pembangunan prasarana, menambah aktiviti ilmu dan aktiviti ekonomi sekolah tersebut.

“Kita tidak mahu sekolah-sekolah pondok itu ketinggalan dalam sistem pendidikan negara dan kita mahu ubah persepsi masyarakat yang menganggap sekolah pondok hanya untuk golongan berusia tinggal dan menghabiskan waktu tua sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelancaran program Kembara Yapeim Prihatin di Sekolah Menengah Agama Fauzi, di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun negara telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, jasa institusi pondok dalam bidang pendidikan negara tidak wajar dilupakan.

“Oleh itu, dalam program kembara ini saya mahu sejarah sekolah-sekolah pondok di negara ini ditulis semula serta dibukukan agar kita tahu siapa pengasas sekolah ini.

“Selain itu, di sekolah pondok ada golongan miskin dan melalui program itu kita dapat dekati dan beri bantuan yang sewajarnya kepada mereka,” katanya.

Menurut Jamil, program kembara itu juga dapat membantu mendekatkan Yapeim dengan semua kumpulan sasar yang dilawati dan pada masa yang sama berpeluang menunaikan tanggungjawabnya secara bersepadu.

Read Full Post »