Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘sedekah’

Manfaat Harta Abu Bakar as-Siddiq

“Aku tidak mengambil manfaat dari harta seseorang seperti aku mengambil manfaat dari harta Abu Bakar.” (riwayat Imam Muslim dari Abdullah ibn Mas’ud, no. 2383)

Dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya, ia berkata, “Abu Bakar masuk Islam sedangkan ia memiliki 40,000. Dia infakkannya di jalan Allah, memerdekakan tujuh orang hamba sahaya yang diseksa kerana Allah, memerdekakan Bilal, Amir bin Fuhairah, Zunairah, an-Nadhiyah dan anak perempuannya, hamba sahaya Bani Muammal dan Ummu Ubais.” (Usudul Ghaabah (III/325)

1270917419_87069669_1-Gambar--BISNIS-INVESTASI-MURAH-KERJA-MUDAH-UNTUNG-BERLIMPAH-DI-SINI-1270917419Dari Aisyah ra, ia berkata, “Abu Bakar telah berinfak 40,000 kepada Rasulullah.” (riwayat Ibnu Hibban, no 2067)

Semua pintu syurga terbuka untuknya

Nabi saw. bersabda, “Barangsiapa membelanjakan sebagian harta kekayaannya di jalan Allah swt., ia akan dipanggil dari pintu-pintu surga dan surga memiliki delapan buah pintu. Orang yang mengerjakan shalat (secara teratur dan benar) akan dipanggil dari pintu shalat, orang yang sering bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah, orang yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad dan orang yang sering berpuasa secara teratur akan dipanggil dari pintu puasa.”

Abu Bakar lalu bertanya, “Adakah orang yang akan dipanggil dari semua pintu itu, ya Rasulullah?”

Nabi menjawab, “Ada dan kuharap kau salah satu dari mereka.”

(riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Read Full Post »

Segera bersedekah

Hadis rekod Haritsah bin Wahab ra., ia berkata :

Aku mendengar Rasulullah saw. berkata :

Bersedekahlah kalian, karena hampir saja seseorang berjalan membawa sedekahnya, lalu orang yang hendak diberi sedekah berkata: Seandainya engkau memberikan kepadaku kemarin, tentu aku menerimanya. Sekarang aku tidak lagi memerlukannya. Orang itu tidak menemukan orang yang mahu menerima sedekahnya.

(Hadith rekod Muslim)

Read Full Post »

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.

(al-Munafiqun: 10)

Read Full Post »

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أي الصدقة أعظم أجرا؟ قال: (أن تصدق وأنت صحيح شحيح، تخشى الفقر وتأمل الغنى، ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم، قلت: لفلان كذا، ولفلان كذا، وقد كان لفلان).

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

“Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama?”

Baginda menjawab,

“Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu.

(Hadis Rekod Bukhari dan Muslim)

Read Full Post »

berubat dengan sedekahUbatilah sakit kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan berzakat, dan hindarilah bala dengan berdoa”.

Rekod oleh Al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra. Menurut Al-Albani,darhat hadis ini hasan.

Dari sekelian kelebihan dan fadilat sedekah jariah, satu daripadanya ialah menyembuhkan penyakit.

Buku kecil 50 halaman ini mengupas contoh-contoh sedekag yang dilakukan oleh generasi awal.

Antara yang terkenal ialah Abu Bakar As-Siddiq yang menginfakkan keseluruhan hartanya pada jalan Allah.

Begitu juga kisah Ummu Mukminin Zainab bt Jahsyi. Beliau sanggup bekerja semata-mata untuk mencari wang buat melakukan sedekah. Baliau disebut olehNabi sebagai orang yang’ panjang tangan’ kerana banyak bersedekah.

Read Full Post »