Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘cara didik anak’

Kisah Guru Inspirasi

“Sayangkan anak, tangan-tangankan.”

Saya baharu saja menyaksikan seorang guru merotan seorang murid. Menangis-nangis murid itu merayu selepas libasan pertama.

Saya lemah dengan air mata. Timbul rasa simpati dan kasihan. Walaupun libasan rotan itu perlahan sahaja. Namun saya memilih berpihak kepada guru yang merotan itu.

Itu proses pendidikan. Nabi Sallallahualaihi wasallam memerintah anak berumur 10 tahun dirotan jika tidak mahu solat ini sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud.

Bahkan dalam Adabul Mufrad, Imam al Bukhari meriwayatkan hadith tentang perintah menggantung rotan di dalam rumah.

Menerapkan prinsip agama

Dalam kekalutan yang lain saya mendengar seorang guru berleter kepada seorang anak muridnya.

“Kamu tuduh ini, cukup buktikah? Kalau tiada bukti nanti kamu berdosa sebab aniaya kawan kamu.”

Subhanallah, semoga semua guru Muslim baik ustaz mahupun bukan dalat menerapkan dosa dan pahala dalam pendidikan mereka.

Sejak sesi taklimat sidang pagi hingga sekah sidang petang, seronok berurusan di sini. Setiap cikgu yang masuk bilik guru akan senyum dan tunjuk wajah manis.

Walau lebih 4 kes pelajar menangis, bergaduh, rotan; akan tetapi cikgu-cikgu masih kendalikan kes dengan senyuman.

Semoga Allah membaiki urusan cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar di sini dan memberi keberkata kepada mereka semua. Amin

Read Full Post »