Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Kelebihan Sedekah’ Category

Manfaat Harta Abu Bakar as-Siddiq

“Aku tidak mengambil manfaat dari harta seseorang seperti aku mengambil manfaat dari harta Abu Bakar.” (riwayat Imam Muslim dari Abdullah ibn Mas’ud, no. 2383)

Dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya, ia berkata, “Abu Bakar masuk Islam sedangkan ia memiliki 40,000. Dia infakkannya di jalan Allah, memerdekakan tujuh orang hamba sahaya yang diseksa kerana Allah, memerdekakan Bilal, Amir bin Fuhairah, Zunairah, an-Nadhiyah dan anak perempuannya, hamba sahaya Bani Muammal dan Ummu Ubais.” (Usudul Ghaabah (III/325)

1270917419_87069669_1-Gambar--BISNIS-INVESTASI-MURAH-KERJA-MUDAH-UNTUNG-BERLIMPAH-DI-SINI-1270917419Dari Aisyah ra, ia berkata, “Abu Bakar telah berinfak 40,000 kepada Rasulullah.” (riwayat Ibnu Hibban, no 2067)

Semua pintu syurga terbuka untuknya

Nabi saw. bersabda, “Barangsiapa membelanjakan sebagian harta kekayaannya di jalan Allah swt., ia akan dipanggil dari pintu-pintu surga dan surga memiliki delapan buah pintu. Orang yang mengerjakan shalat (secara teratur dan benar) akan dipanggil dari pintu shalat, orang yang sering bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah, orang yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad dan orang yang sering berpuasa secara teratur akan dipanggil dari pintu puasa.”

Abu Bakar lalu bertanya, “Adakah orang yang akan dipanggil dari semua pintu itu, ya Rasulullah?”

Nabi menjawab, “Ada dan kuharap kau salah satu dari mereka.”

(riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Read Full Post »

Diriwayatkan ari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya),

“Pada suatu ketika, ada seseorang yang sedang berjalan di padang pasir yang tiba-tiba mendengar suara dari dalam awan, ‘Siramilah kebun si Fulan.’ Kemudian awan itu menuju ke arah suatu tempat yang banyak batunya, lantas menuangkan airnya.

Pada tempat yang banyak batunya tersebut, ada sebuah parit yang penuh dengan air hingga parit itu pun ikut mengalirkan air. Kemudian, di situ ada seorang lelaki yang berada di tengah-tengah kebunnya sedang membagi-bagi air, dengan alat pengukur tanah. Ia bertanya kepada orang itu, ‘Wahai hamba Allah, siapakah namamu?’ Orang itu menjawab, ‘Fulan.’ Nama yang sama dengan yang pernah didengarnya dari dalam awan tadi.

Kemudian Fulan bertanya kepadanya, ‘Kenapa kamu menanyakan namaku?’ Ia menjawab, ‘Sesungguhnya saya tadi mendengar suara dari dalam awan, yang kemudian menuangkan air ini. Suara itu berkata, ‘Siramilah kebun si Fulan,’ persis dengan namamu. Memangnya apa yang telah kamu perbuat?’

Fulan menjawab, ‘Karena kamu bertanya seperti itu, maka aku jawab. Sebenarnya, aku selalu memperhatikan hasil yang dikeluarkan kebun ini, sepertiga dari hasil itu aku kan, sepertiga aku makan dengan keluargaku, dan sepertiga lagi aku persiapkan untuk bibit.’”

Pelajaran yang dapat dipetik:

  1. Keutamaan sedekah kepada orang-orang yang membutuhkan.
  2. Anjuran untuk berbuat ihsan kepada fakir-miskin dan anak-anak terlantar.
  3. Keutamaan seseorang yang makan dari hasil usahanya sendiri.
  4. Keutamaan memberi nafkah kepada  dan keluarga.
  5. Penetapan adanya karamah para wali, sehingga alam tunduk kepadanya.
  6. Keutamaan bertani dan bercocok tanam, karena merupakan mata pencaharian yang baik.
  7. Awan tunduk untuk berjalan sesuai dengan kehendak Allah, dan ada malaikat yang bertugas mengawasi jalannya awan.
  8. Allah mencintai seorang hamba yang hidupnya seimbang, dia mau menginfakkan sebagian hartanya kepada yang berhak menerima.
  9. Orang Mukmin adalah manusia yang bisa saja mendengar suara malaikat.

Sumber: 61  Pengantar Tidur, Muhammad bin Hamid Abdul Wahab, Darul Haq, Cetakan VI, 2009.

diperik dari:  www.KisahMuslim.com

Read Full Post »

Read Full Post »

Utusan Malaysia 4 Mac 2012

Yapeim jelajah sekolah pondok

JERAI 3 Mac – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan menjelajah ke sekolah-sekolah pondok di seluruh negara melalui program Kembara Yapeim Prihatin untuk membantu mengerakkan ekonomi dan kemudahan prasarana sekolah-sekolah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program kembara tersebut yang dilancarkan hari ini di Sekolah Menengah Fauzi di sini dijangka berakhir pada 2014.

“Di setiap sekolah pondok yang kita singgah, Yapeim akan cuba membantu dari segi pembangunan prasarana, menambah aktiviti ilmu dan aktiviti ekonomi sekolah tersebut.

“Kita tidak mahu sekolah-sekolah pondok itu ketinggalan dalam sistem pendidikan negara dan kita mahu ubah persepsi masyarakat yang menganggap sekolah pondok hanya untuk golongan berusia tinggal dan menghabiskan waktu tua sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelancaran program Kembara Yapeim Prihatin di Sekolah Menengah Agama Fauzi, di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun negara telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, jasa institusi pondok dalam bidang pendidikan negara tidak wajar dilupakan.

“Oleh itu, dalam program kembara ini saya mahu sejarah sekolah-sekolah pondok di negara ini ditulis semula serta dibukukan agar kita tahu siapa pengasas sekolah ini.

“Selain itu, di sekolah pondok ada golongan miskin dan melalui program itu kita dapat dekati dan beri bantuan yang sewajarnya kepada mereka,” katanya.

Menurut Jamil, program kembara itu juga dapat membantu mendekatkan Yapeim dengan semua kumpulan sasar yang dilawati dan pada masa yang sama berpeluang menunaikan tanggungjawabnya secara bersepadu.

Read Full Post »

Diriwayatkan oleh sahahat Buraidah, semoga Allah redha kepadanya bahawa Nabi Muhammad, selawat dan salam buatnya berkata,

“Tidaklah seorang lelaki mengeluarkan sedikit dari sedekahnya melainkan dengan sedekah itu dia merobek dua rahang tujuh puluh syaitan.”

(HR. Al-Hakim : 1/417. no 1521 dipersetujui oleh Imam Adz-Dzahabi, dipetik oleh Abdul Hadi bin Hassan Wahbi dalam buku 34 Benteng Pengkal Syaitan)

 

Read Full Post »

Abdullah bin Abbas menggunakan analogi @ tamsilan ketika menceritakan mulianya peribadi sahabat Mua’awiyah bin Abu Suffyan (Allah redha kepada mereka),

“Orang ramai mendapat manfaat daripada kemurahan dan kedermawan Mu’awiyah bagaikan mereka mengambil manfaat dari laut”.

(Tarikh At-Tobari, dipetik dari Maulana Asri Yusof, Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya, Pustaka Basyirah 2007)

Read Full Post »

Pintu-pintu Syurga

Abu Hurairah (semoga Allah redha kepada beliau), seorang sahabat nabi yang paling banyak melaporkan hadith dari Nabi Muhammad (selawat dan selawat kepada beliau dan keluarganya). Para pengkaji hadith merekodkan beliau melaporkan lebih 5000 hadith dari Rasulullah.

Abu Hurairah pernah melaporkan,

Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.

(Hadith Rekod Imam Muslim)

Rujukan hadith Searchtruth.

Nota : Saya ada masalah dengan terjemahan hadith ini. Saya akan semak semula dan kemaskini kemudian.

Read Full Post »

Abdullah Ibnu Abbas r.a. (68H) berkata :

“Rasulullah saw adalah orang yang paling suka sedekah dan beliau paling banyak sedekah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril. Dia bertemu beliau pada setiap malam Ramadhan (sepanjang bulan), lalu Jibril bertadarus dengan beliau. Sungguh Rasulullah saw (ketika bertemu Jibril) lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus

(HR Bukhari – Ringkasan Shahih Bukhari : Muhammad Nasiruddin Al-Albani, Gema Insani, hal. 21)

Read Full Post »

Al-Baqarah 2: 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Al-Baqarah 2: 264

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia , dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin. (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Dan , Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Al-Baqarah 2: 265

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan, Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Read Full Post »

Segera bersedekah

Hadis rekod Haritsah bin Wahab ra., ia berkata :

Aku mendengar Rasulullah saw. berkata :

Bersedekahlah kalian, karena hampir saja seseorang berjalan membawa sedekahnya, lalu orang yang hendak diberi sedekah berkata: Seandainya engkau memberikan kepadaku kemarin, tentu aku menerimanya. Sekarang aku tidak lagi memerlukannya. Orang itu tidak menemukan orang yang mahu menerima sedekahnya.

(Hadith rekod Muslim)

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.